Forum #1
Litigasi Kepentingan Awam Berkenaan Alam Sekitar
Melazimkan dialog di kalangan aktivis yang memperjuangkan keadilan iklim khususnya, mereka yang berpengalaman dalam mengusahakan tuntutan mahkamah terhadap projek pembangunan kerajaan yang mengeksploitasi komuniti.
Ahli Panel Forum
Kiu Jia Yaw
Jia Yaw mula berkhidmat dengan Majlis Peguam Malaysia pada tahun 2004. Beliau berkhidmat sebagai Wakil Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Majlis Peguam. Beliau juga merupakan Ahli Sekretariat Kumpulan Parlimen ‘All-Party Malaysia on the Sustainable Development Goals’ (APPGM-SDG). Beliau juga penasihat kepada organisasi yang berkhidmat demi pembangunan lestari, penyertaan belia dan keadilan alam sekitar.
Nicole Fong
Nicole Fong merupakan penyelidik hak asasi manusia, aktivis, dan pencipta kandungan yang bekerja di persimpangan antara keadilan iklim, hak LGBTQ+, dan ekonomi feminis, ke arah kempen Malaysia untuk mengisytiharkan keadaan darurat iklim. Nicole turut memperjuangkan tindakan iklim di Klima Action Malaysia (KAMY). Beliau berusaha menerajui Malaysia sebagai negara yang adil dan saksama di mana masyarakat terpinggir dibebaskan dari sistem penindasan, dan boleh hidup dengan bermartabat, bebas dari diskriminasi, penyalahgunaan, dan keganasan. Mereka menggunakan platform media sosial sebagai alat advokasi untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu utama yang mempengaruhi kumpulan terpinggir dan memberi kuasa kepada masyarkat untuk mengambil tindakan.
Bengkel #1
Aktivisme dan Undang-Undang Alam Sekitar
Melazimkan dialog di kalangan aktivis yang memperjuangkan keadilan iklim khususnya, mereka yang berpengalaman dalam mengusahakan tuntutan mahkamah terhadap projek pembangunan kerajaan yang mengeksploitasi komuniti.
Facilitators
Theiva Lingam
Theiva Lingam ialah antara penasihat undang-undang Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Beliau juga merupakan seorang peguam kepentingan awam yang aktif. Bidang kerjanya adalah dalam bidang persekitaran, Orang Asli dan hak pengguna. Beliau merupakan fasilitator serantau pada masa ini untuk ‘Friends of the Earth Asia Pacific’.